Soalan Lazim (FAQ)
1. Di manakah lokasi AMR
MAYANG?
Where is AMR
MAYANG?
AMR MAYANG HQ
No. 379, Lorong Putih 4,
Taman Rakyat Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah
Tel : +6013.480 4600 / +6011.3665 2078
2. Mengapa memilih AMR
MAYANG?
Why choose AMR
MAYANG?
Kami telah menerima dan menguruskan tempahan pelanggan dari
seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Tidak kira di mana jua anda berada, kami akan memberi perkhidmatan terbaik
sebagai kenangan terindah untuk majlis perkahwinan anda. Kualiti, Masa dan
Rekabentuk Unik mengikut citarasa Anda adalah keutamaan kami. Buatlah pilihan
kad dari koleksi terbaik kami ;)
We have receive and manage
orders from all states in West Malaysia, including Sabah, Sarawak, Brunei and
Singapore. Wherever you are (even anywhere around the world), we always give
the best services for your special wedding ceremony. Time, Quality and
Customised Design to Your needs is our most concern. Just choose your cards
from our best collection ;)
PERLIS, KEDAH, PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,
SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG,
LABUAN, SABAH, SARAWAK, BRUNEI & SINGAPURA
3. Bagaimana cara untuk
melihat sample kad atau mengunjungi kedai?
How to view a card sample or visit the store?
Pelanggan boleh mengunjungi kedai kami,
Untuk hq Alor Setar, Kedah, dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, 9.00pagi
hingga 5.00petang. Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Sila buat
temujanji untuk datang di luar waktu operasi (bergantung pada kelapangan staff
yang bertugas).
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut ;)
Customers can visit our
store,
For Alor Setar HQ, Kedah,
open Monday to Friday, from 9.00am to 5.00pm. Closed on Saturday, Sunday and
Public Holidays. Kindly make appointment for a visit outside our standard
working hour (depend on availability of staff at work)
Please contact us for more
details ;)
4. Bagaimana untuk
menghubungi AMR MAYANG?
How to contact AMR
MAYANG?
HQ : Alor Setar, Kedah
Email: amrmayang@gmail.com
Tel : +6013.480 4600 / +6011.3665 2078
Tel/SMS/Whatsapp : +6013.480 4600
5. Bolehkah saya membuat
tempahan kurang dari kuantiti minima yang ditetapkan?
Can I order
less than the minimum quantity?
Bergantung pada jenis kad. Sila isi borang sebutharga untuk
mendapatkan harga kad tersebut. Walaubagaimanapun, sesetengah kad tertakluk
kepada kuantiti minimum tertentu. Sila hubungi atau email kepada kami untuk
keterangan lanjut.
Depend on the type of card.
Please fill in the quotation form to get the price of the card. However, some
cards are subject to certain minimum quantity. Please call or email us for more
information.
6. Berapa lamakah proses
untuk kad siap ?
How long is the
process for card to be ready?
Biasanya kad dapat disiapkan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu dari
mula membuat tempahan. Selewat-lewatnya tempahan perlu dibuat 2 bulan sebelum
tarikh majlis untuk mengelakkan lewat diterima untuk diedar.
Untuk kad AMR MAYANG Hardcover, kad akan disiapkan dalam tempoh
5 ke 7 minggu dari mula membuat tempahan. Kad tersebut perlu ditempah 3 bulan
sebelum tarikh perkahwinan.
Normally card can be ready
within 2 to 4 weeks from order made. Order must be made 2 months prior to the
date of the event to avoid late distribution of cards.
For AMR MAYANG hardcover,
the card will be ready within 5 to 7 weeks from order made. The card must be
ordered 3 months before the wedding date.
7. Adakah AMR MAYANG
menerima tempahan segera / urgent order ?
Do AMR MAYANG
accept immediate / urgent orders?
Kami masih mengambil tempahan segera (urgent order) sekiranya
ada, tetapi bergantung kepada kelapangan dan jumlah tempahan pada masa
tersebut. Biasanya kad dapat disiapkan dalam tempoh 1 ke 2 minggu dari tempahan
dibuat, dan terhad kepada kad tertentu sahaja. sila hubungi +6013.480
4600 untuk keterangan lanjut ;)
We accept urgent orders, if
any, but depend on number of orders processed at that time. Normally cards can
be ready within 1 to 2 weeks from order made, and is limited to a certain card.
please call +6013.480 4600 for more information ;)
8.Adakah harga kad di
dalam laman web termasuk kos printing?
Is the card price on
the website include printing charges?
Ya, semua harga adalah termasuk kos printing. Cuma tambahan caj
artwork peta (jika perlu), RM30 (1 peta) atau RM50 (2 peta) untuk setiap
tempahan.
Yes, all prices are
inclusive of printing charges. Additional map artwork charges (if required)
will be RM30 (1 map) or RM50 (2 maps) for each order.
9. Adakah setiap kad
disertakan sampul?
Does each card
come complete with envelope?
Ya. Semua tempahan kad disertakan sampul putih percuma KECUALI
Siri Kad Hardcover.
Yes. All card including
white envelope, EXCEPT Hardcover/ VIP Card Series.
10. Bolehkah saya membuat
tempahan semasa mengunjungi anda?
Can I make an
order during a visit to your shop?
Boleh. Pelanggan boleh membuat tempahan secara online atau
semasa mengunjungi kedai kami. Lakaran peta boleh diemail atau diberi semasa
mengunjungi kami.
Yes, order can be made
online or during a visit to our shop. Sketch map can be emailed or given during
your visit.
11. Adakah rekabentuk kad
terhad kepada bentuk sedia ada atau boleh diubah?
Is the
card design limited to its current form or can be modified?
Kami sedaya upaya akan mengubah rekabentuk kad, seperti ayat
jemputan, font, susunan dan warna mengikut kehendak pelanggan. Pelanggan turut
boleh memaklumkan rekabentuk yang diinginkan dan kami akan memberi nasihat yang
terbaik untuk menghasilkan kad jemputan idaman anda ;)
We will make the best effort
to change the card design, such as an invitation wording, fonts, arrangement
and color according to customer request. Customers can as well request their
preferred design and we will give our best effort to make your dream invitation
cards come true ;)
12. Adakah saya boleh
membuat kad dengan rekabentuk sendiri?
Can
customer propose their own design?
Bergantung pada rekabentuk dan cara cetakan kad tersebut. Kami
perlu melihat terlebih dahulu sampel atau gambar kad tersebut untuk memberi
maklum balas dan sebutharga. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.
It depends on the design and
how the card printing method. We need to see the samples or pictures first for
us to give feedback and quotation. Please contact us for more information.
13. Adakah ayat
jemputan kad boleh dibuat dalam 2 bahasa, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ?
Can I
include 2 languages, English & Malay in 1 card?
Ya, boleh. Ia sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang
mempunyai para jemputan yang lebih mengutamakan Bahasa Inggeris. Dan ia juga
lebih menjimatkan, kerana anda tidak perlu mencetak 2 jenis kad yang
berasingan. Kami akan membantu anda memasukkan ayat yang bersesuaian, atau anda
juga boleh memberikan kepada kami ayat jemputan pilihan anda sendiri.
Yes you can. It is common to
customers who have invitees which prefer english as their main language. And it
is cheaper as you don't have to print 2 separate cards. We will assist you to
use the suitable words, or you can provide us your preferred wordings.
14. Bagaimana pula
dengan jenis bahasa atau tulisan yang lain, adakah diterima oleh AMR MAYANG?
What about other languanges or script, do you accept them?
Ya, boleh. Kami pernah membantu pelanggan memasukkan bahasa dan
tulisan Cina/Mandarin, Tamil/Hindi (India), Sikh dan Arab. Kami akan
bekerjasama dengan anda untuk merealisasikan proses memasukkan bahasa dan
tulisan tersebut ke dalam kad pilihan anda.
Yes you can. We did assist
customers inserting script and languages in Chinese/Mandarin, Tamil/Hindi
(Indian), Sikh and Arabic. We will cooperate with you to smoothen up the
process.
15. Adakah sebarang caj
untuk kad promosi 'Free Delivery' West Malaysia ?
Is
there any additional charges for cards with 'Free Delivery West Malaysia'
promotion?
Untuk kad promosi penghantaran percuma semenanjung malaysia,
tiada sebarang caj penghantaran dikenakan, jumlah bayaran adalah berdasarkan
kad yang ditempah sahaja, kad akan dipos melalui perkhidmatan kurier secara
percuma kepada anda. Cuma berikan alamat penghantaran kepada kami di mana-mana
lokasi di semenanjung malaysia, dan kami akan membuat penghantaran terus ke
alamat tersebut percuma.
For card with free delivery
promotion for Peninsular Malaysia, there are no delivery charges applied, the
total payment is based on the card price only, card will be mailed via courier
service free of charge to you. Just give us a delivery address at any location
in Peninsular Malaysia, and we will shipped directly to the address for free.
16. Berapakah caj pos/
kurier sekiranya kad yang ditempah dihantar terus apabila siap?
What
are the postal / courier charges if cards ordered sent directly when ready?
Penghantaran dicaj berdasarkan caj yang dikenakan oleh pihak
pos/ kurier. Anda boleh memilih sama ada hendak menggunakan pos biasa, pos laju
atau perkhidmatan pos lain seperti skynet. Kami boleh memberi anggaran caj
penghantaran sekiranya anda memohon sebutharga dengan memilih jenis kad dan
kuantiti yang ingin ditempah.
Card / products delivery
charges will be based on charges by the postal / courier services. You can
choose whether to use regular mail, poslaju or other courier services such as
skynet. We can give an estimate of the shipping charges if you request for
quotation from us. Please select the card and quantity required.
17. Saya berada di
Singapura/ Brunei atau luar dari Malaysia, bagaimana dengan harga kad, kos
penghantaran dan pembayaran?
I am
from Singapore / Brunei or outside of Malaysia, what is the card price,
shipping cost and payment?
Harga kad/ produk tetap sama seperti di laman web, kami tidak
mengenakan caj tambahan. Sekiranya anda berada di Singapura, anda boleh memilih
untuk menerima kad tersebut di Johor Bahru atau mana-mana alamat yang berdekatan
(sila beri alamat kepada kami), kami akan pos/ kurier terus ke sana. Untuk kad
dengan promosi 'Free Delivery' West Malaysia, kami boleh pos secara percuma ke
alamat yang diberi sama ada Johor Bahru atau yang berdekatan (atau kami juga
boleh menggunakan alamat Pejabat Kurier Skynet di Johor Bahru). Kami akan
memberikan anggaran kos penghantaran ke lokasi anda sekiranya anda membuat
pertanyaan sebutharga. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank, Alliance Islamic
Bank atau RHB Bank melalui bank transfer atau cash deposit sekiranya terdapat
bank tersebut di negara anda. Sekiranya tiada, anda boleh buat pembayaran
melalui kad kredit / paypal (dengan transaksi dalam Ringgit Malaysia). Kami
akan memberikan link untuk anda membuat pembayaran. Bayaran melalui bank lain
di negara anda adalah tidak digalakkan, kerana berdasarkan maklum balas dari
pelanggan terdahulu, terdapat caj 30 - 40 dollar untuk setiap transaksi yang
dibuat.
Card / product price remain
the same as on the website, we do not impose extra charges. If you're in
Singapore, you can choose to receive the card in Johor Bahru or any nearby
address (please provide the address to us), we will post / courier directly
there. For card with 'Free Delivery West Malaysia' promotion, we can post for
free to the address given or nearby Johor Bahru (or we can also use Skynet
Courier office address in Johor Bahru). We can give shipping cost estimation to
your location if you request for quotation from us. Payment can be made via
Maybank, Alliannce Islamic Bank or RHB Bank by bank transfer or cash deposit if
the bank is available in your country. If not, you can make payment via credit
card / paypal (with transactions in Ringgit Malaysia). We will provide a link
for you to pay. Payment via other banks in your country is not recommended, because
based on feedback from previous customers, there is a charges of 30-40 dollars
for every transaction made.
18. Bilakah tempahan
perlu dibuat dan mengapa perlu menempah lebih awal ?
When
order should be made and why it is necessary to order earlier?
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurang 2 bulan sebelum tarikh
majlis, yang terbaik adalah 2 1/2 bulan sebelum tarikh majlis, untuk
mengelakkan urusan yang tergesa-gesa. Kad juga biasanya akan mula diedar
sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Pastikan anda mengambil kira proses
penghantaran ke destinasi anda sekiranya terlibat.
Untuk kad yang melibatkan Kad Jawapan/ RSVP, tempahan perlu
dibuat lebih awal, sekurang-kurangnya tambahan 2 minggu lebih awal dari proses
tempahan biasa, iaitu 2 1/2 bulan sebelum tarikh majlis, yang terbaik 3 bulan
sebelum tarikh majlis, kerana tetamu yang dijemput perlu memberi jawapan 2
minggu sebelum tarikh majlis, untuk pengesahan bilangan tetamu dengan pihak
Hotel, Dewan atau Katering.
Untuk kad AMR MAYANG Hardcover, tempahan perlu di buat 3 bulan
sebelum tarikh majlis, yang terbaik 3 1/2 bulan sebelum tarikh majlis, kerana
kad ini memerlukan masa tambahan untuk menampal kad hardcover, dan juga
biasanya turut melibatkan Kad Jawapan/ RSVP.
Order must be made at least
2 months prior to the date of the event, the best is 2 1/2 months before the
event, to avoid rushing work. Cards usually need to be distributed 1 month
before the wedding date. Make sure you consider the process of shipment to your
destination if involved (delivery period).
For cards that involve Reply
Card / RSVP, order must be made in advance, at least an additional 2 weeks
earlier than normal order process, which is 2 1/2 months before the event, the
best 3 months before the date of the event, as guests invited need to answer at
least 2 weeks before the event, for confirmation of the number of guests to the
Hotel, Hall or Catering.
For AMR MAYANG Hardcover,
order must be made 3 months before the date of the event, the best 3 1/2 months
before the date of the event, as this card requires additional time to glue the
hardcover card, and usually also involves Reply Card / RSVP.
19. Bolehkah saya meletak
gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan? Gambar yang bagaimana saya
perlu hantar?
Can I
put picture in the card? Is there any charges? What type of picture I need to
send?
Anda boleh meletak gambar di dalam kad, tiada sebarang caj
dikenakan. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, sama ada email atau hantar
softcopy kepada kami. Pastikan memberi gambar dengan resolusi 300dpi (dot per
inch), saiz 1 mb (megabait) ke atas, tidak gelap, bila zoom 100% jelas dan tidak
diambil di lokasi dengan lampu kuning. Ini bagi memastikan kualiti gambar
adalah terbaik semasa dicetak. Anda boleh juga memberi gambar hardcopy sedia
ada untuk di scan di tempat kami. Boleh juga memberi gambar pasangan yang
berasingan.
You can put a picture in the
card, there is no charges. Pictures should be given in digital form, either
email or send the softcopy to us. Please provide a picture with a resolution of
300 dpi (dot per inch), size of at least 1 mb (megabytes), not dark, when zoom
to 100% is sharp and not taken in yellow lights places/ condition. This is to
ensure the quality of the picture is the best during printing. You can also
give existing hardcopy images to be scanned at our place. Can also give a
separate images of the bride and groom.
20. Boleh terangkan
perbezaan jenis kertas yang digunakan untuk membuat kad ?
Can you
explain the different type of paper used to make the cards?
a) Simili 140gsm = 2 kali tebal kertas A4 biasa (yang biasanya
70 ke 80gsm), tidak licin, masih lembut, tidak sekeras kad standard tetapi
masih sesuai untuk dibuat kad.
b) Artcard 230gsm atau 260gsm = ketebalan kad standard,
kertas licin dan sedikit berkilat.
c) Imported Metallic Paper 250gsm = ketebalan kad standard,
kertas metallic berkilauan.
d) Ivory 230gsm = ketebalan kad standard, kertas tidak licin,
seperti kertas biasa
a) 140gsm simili = thickness
2 times from a normal A4 paper (which is usually 70 to 80gsm), non-glossy,
still soft, not as hard as the standard card, but still suitable to be made as
a wedding card.
b) Artcard 230gsm or 260gsm
= standard card thickness, slightly glossy.
c) Imported Metallic Paper
250gsm = standard card thickness, glittering metallic paper.
d) 230gsm Ivory card =
standard card thickness, non-glossy, looks like normal paper
21. Apakah maksud untuk
kad super eco 'No Fold'?
What
does is mean by super eco card 'No Fold'?
Itu bermaksud kad tersebut dicetak tanpa proses creasing line/
guide untuk lipatan. Kad dengan kertas simili 140gsm mudah untuk dilipat
sendiri walaupun tiada line/ guide tersebut. Tujuannya untuk mengurangkan kos,
sepatutnya ada caj RM50 utk cetakan 1000 keping dan ke bawah.
That means the card is
printed without creasing line / guide for folding. Simili paper 140gsm card is
easy to fold although the creasing line / guide is not available. The reason is
to reduce costs, as there should be RM50 charges for it.
22. Apakah perbezaan di
antara laminate/varnish matte atau gloss?
What is
the difference between matte or gloss lamination/ varnish
1. Gloss Laminate/ Varnish : Berkilat, warna lebih vibrant.
Untuk jenis kad yang ada laminate gloss di bahagian ayat jemputan, anda perlu
menggunakan pen marker atau CD marker untuk menulis pada bahagian nama
jemputan tersebut. Telah terdapat di pasaran cd marker dengan mata halus
beserta pemadam, jadi anda tak perlu risau lagi jika tersalah tulis nama jemputan
di kad ;)
2. Matte Laminate/ Varnish : Tidak berkilat, warna gelap sedikit
5%, tampak klasik, boleh menggunakan pen biasa/ ball point untuk menulis pada
bahagian nama jemputan.
1. Gloss Laminate / varnish:
Shiny, colours more vibrant. For the card with gloss laminate at the invitation
wordings, you should use a CD marker or marker pen to write the name of
invitaties. It's available in the market a cd marker with fine point and
eraser, you do not have to worry anymore if the name is wrongly writen on the
invitation card ;)
2. Matte Laminate / varnish:
Not shiny, dark a bit about 5%, looks classic, can use ordinary pen / ball
point to write in the name of the invitation.
23. Peta yang bagaimana
saya perlu hantar?
What
type of map should be provided?
Anda boleh menghantar peta dengan lakaran tangan atau peta dari
kad kahwin pada lokasi yang sama. Atau boleh juga menghantar peta dengan lokasi
yang berhampiran dengan lokasi majlis anda, cuma buat lakaran tambahan.
Sekiranya ada masa, boleh juga lakar/ lukis peta dengan menggunakan software
komputer. Peta yang dilakar tidak perlu diletakkan logo bangunan/ landmark,
hanya perlu meletakkan nama bangunan atau landmark tersebut, ini adalah kerana
semua peta akan dilukis semula oleh pihak AMR MAYANG untuk dimuatkan dalam
ruang yang bersesuaian di dalam kad. Pastikan peta tersebut mempunyai tanda
penunjuk arah ke lokasi majlis. Peta dari Google Maps adalah tidak diterima kerana
terlalu kompleks, mengikut skala dan tiada sebarang landmark. Peta boleh di
upload pada borang yang diisi di web atau email pada kami. Untuk peta yang
dihantar melalui email, boleh scan atau snap/ ambil gambar melalui kamera
digital.
You can send a hand sketch
map or map from a wedding cards at the same location. Or you can as well make
additional sketch on a map that is close to your event location. If you have
time, you can also sketch / draw the map by using computer software. Maps should
not necessarily placed with building logo / landmark, just put the building or
landmark name, this is because all the maps will be redrawn by AMR MAYANG for
inclusion in the appropriate space on the card. Make sure the map have a
direction sign to the event location. Map from Google Maps is not accepted as
it is too complex, in actual scale and with no landmarks. Map can be uploaded
in the completed order form on the web or email to us. For map sent by email,
you can scan or snap the map photo with a digital cameras.
No comments:
Post a Comment